Monday, 20 August 2012

Ghaye Ku di Johor~~


With my best friends - Fakhrul 

Ghaye!!! Ghaye!!! Ghaye!!!

Tuesday, 14 August 2012

SOKONG KEMPEN INTERNET BLACKAUT



KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak menyokong kempen “Hari Internet Blackout” yang diusahakan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia sebagai bantahan terhadap Seksyen 114A pindaan terbaru Akta Keterangan 2012.

Ketika Harakahdaily mengambil pende
katan menyiarkan iklan ‘pop up’ kempen ini, pelbagai media lain terus tidak mengemaskinikan sebarang kandungan laman masing-masing hari ini.

Dap mengambil sikap menghentikan terus sebarang aktiviti melalui laman web, twitter dan facebooknya hari ini.

Media Selangorku, laman web rasmi kerajaan negeri Selangor pula tidak menyiarkan sebarang berita bermula awal pagi ini hingga ke tengah malam esok.

Sebagai pengamal media yang telus dan bertanggungjawab, Media Selangorku berpendapat Pindaan terhadap Akta tersebut yang diwartakan 31 Julai lalu akan menyekat kebebasan media internet, kata satu kenyataan dalam laman itu hari ini.

Menurut CIJ Seksyen 114A jelas bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya.

Pindaan yang baru ini boleh mendatangkan kesan-kesan yang negatif kepada seluruh pengguna internet dan pihak yang terlibat dalam industri tersebut.

Setiap pemiliki akaun Facebook, Twitter, blog atau forum akan dipertanggungjawabkan atas setiap isi kandungan yang terdapat di laman-laman tersebut, termasuk komen dan artikel yang ditulis oleh pihak lain.

Selain itu, pembekal perkhidmatan Wifi juga akan dikenakan tindakan jika ada pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan tersebut.

Lebih malang lagi, jika rangkaian Wifi perseorangan dicuri atau digodam, tuan punya rangkaian itu akan bertanggungjawab atas segala yang dilakukan oleh pencuri terbabit.

Jika ada pihak yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel menggunakan nama seseorang tanpa pengetahuan individu itu, Seksyen 114a masih akan menganggap bahawa beliau pemilik sebenar akaun terbabit.

Akta yang baru dipinda ini sebenarnya bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat daripada mengemukakan pendapat mereka di internet.

Hal ini juga mengancam kebebasan berinternet di negara kita, kata kenyataan dalam laman Selangorku itu.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR pada 9 Ogos lalu, Pakatan menyatakan sokongan penuh terhadap “Hari Internet Blackout”.

“Ia selaras dengan penentangan yang dibuat terhadap Seksyen 114A yang merupakan pindaan terbaru bagi Akta Keterangan 2012 yang menyekat kebebasan berinternet,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

CIJ berkata kempen ini bertujuan untuk menyedarkan para pengguna Internet tentang kesan negatif pindaan ini terhadap kebebasan berinternet.

Pada hari Internet Blackout tersebut, semua laman web yang mengambil bahagian akan ditutup dan tidak dapat diakses dalam masa 24 jam.

Pengguna juga akan dapat melihat paparan yang mempunyai mesej kempen tersebut apabila cuba mengakses laman web tersebut.

“Kita harap semua penyokong Pakatan Rakyat dan pemimpin turut sama dalam kempen tersebut mengelapkan internet tanpa sebarang informasi.

“Dengan cara ini sahajalah kita dapat menunjukkan kepada kerajaan tentangan kita terhadap akta tersebut,” sambungnya lagi.

Ketidaksempurnaan ku~~


Nyam Nyam Nyam ~~~


Sedap pulak aku tgk time pOse2 ni..grr!!sabo ziq sabo ;-)

Cherita Seorang Mukmin~


Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia sering risau kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki 
dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu’ zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu’ zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air.
Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya’)
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku bersiap solat dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh cermat dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Sirratul Mustaqim’ dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat ku fahami maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhu’, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.

Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Tatkala Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Susahnya Nak Buat Dosa


Susahnya Nak Buat Dosa...
Kalau nak ke disko bukan murah. Kurang-kurang kena bayar RM25 cover charge. Konon dapat free first drink. Tapi yang dibagi air yang harga kat 7-Eleven cuma RM1 je...

Senangnya Nak Buat Pahala...
Kalau gi masjid tu, free je. Dah le takde cover charge, minum free bukan first drink je. Berkoyan-koyan pun boley. Silap-silap dapat makan free lagi...

S

usahnya Nak Buat Dosa...
Kalau nak berzina tu, bukannya semudah ABC. Susah . Nak sewa hotel (duit tu)... Nak belanja awek tu makan (duit lagi)... Silap² silap kena tangkap basah. Ha... Boleh masuk paper free. Kalau majikan tau, boleh kena buang keje. Laaagi haru...

Senangnya Nak Buat Pahala...

Kalau nak pose sunat tu, anytime, anywhere. Bangun pagi takde breakfast, terus niat pose. Dapat dah pahala. Bukan setakat dapat pahala, siap dapat jimat duit lagi. Pose tu kan boleh kekang nafsu. Cume tak masuk paper je. Tapi insyaAllah masuk syurga. Laaagi best!

Susahnya Nak Buat Dosa...
Mengumpat tu best kan ? Tu lah hobi hampir semua manusia hari ni. Tapi, ngumpat punye sedap, keje tak jalan. Yang keje tu, bos tengok, abis kena haruk. Yang suri rumah sepenuh masa lak, suami balik tengok sume tak siap, tarik muka. Gi makan kat kedai Timah Janda, jeles lak tuh. Timah Janda lak kena umpat...

Senangnya Nak Buat Pahala... 


Berzikir mengingati Allah tu cukup mulia.Allah akan mengingati hambaNya yang mengingati Dia. Orang pun tak marah. Makin saspek ade. Eh! Respek la... Su ami balik tengok keje sume siap, isteri lak terkumat-kamit berzikir. Manis je muka. Nak keluar rumah pun takut rugi. Beban keje pun kurang terasa...

Susahnya Nak Buat Dosa...
Bagi orang tamak, kumpul harta memang takkan cukup sampai bila-bila. Kejor le harta dunia ni. Makin jauh dia lari. Sampaikan ibadah pun terabai, dunia tak gak dapat².

Senangnya Nak Buat Pahala...

Jadik zuhud tu bukan je mulia, malah cukup memudahkan. Takyah nak sibuk² tamak haloba.Jiran beli TV baru, sofa baru, langsir baru, lantak ko la. Sebab dia dapat hutang baru,kita lak dapat iman yang sentiasa diperbaharukan. Mane lagih best?

Susahnya Nak Buat Dosa...
Orang kate "Nak hidup terpaksa la menipu". Ha'ah! Hidup la ko kat neraka. Hehe... Penipu ni bukan setakat Tuhan benci, manusia pun lebih-lebih lagi. Kalau tipu duit lagi parah. Hidup sentiasa dalam ketakutan.Silap² kantoi, kena ganti. Tak pun... Saman court dalam... (ikut gaya Aziz Satar dalam Bujang Lapok)

Senangnya Nak Buat Pahala...
Orang jujur ni bukan sahaja dikasihi manusia & malaikat, malah Allah akan sentiasa memberkati hidupnya. Mungkin dia jadik mangsa pembelit² kat dunia ni, tapi dia takkan jadik mangsa belitan ular kat neraka.Hidup pun aman, bukan dalam ketakutan. Bahagia je...

Susahnya Nak Buat Dosa...

Nak la wan hukum Allah bukan senang. Nak study tu, study nih. Carik peguam tuh, carik peguam nih. Buat kempen tuh, buat kempen nih. Leceh. Terpaksa pulak buat Istilah baru konon yang paling benar.(HADARI kot), Tapi dusta belaka. Ingat upah sana upah sini tu murah ke? Banyak ooo abiskan duit. Walaupun bukan duit rakyat, bukan duit sendiri. Hehe... Dahla hidup kena laknat, siap booking name sendiri kat MALEK. Dunia akhirat tak tenteram!!

Senangnya Nak Buat Pahala...
Cukup senang kalau pakai hukum Allah. Ini bukan yang manusia buat tapi hukum yang turun dari langit. takde hukum lebih sempurna dari hukum² Allah. Inilah hukum2 yang seadil-adilnye. Tak payah nak fikir² nak rangka rang undang-undang baru. Semuanya dah termaktub dalam Al-Kitaab. Selain tuh, hidup pun diberkati. RIDHWAN pun sedia nak sambut dengan manis muka.Inilah kemuliaan orang yang memperjuangkan Agama Allah. InsyaAllah...